TENTANG SANGURU
>> Sunday, January 18, 2009
ANDROD @ MOHD. REDZA B. SADIAN
Saya mulai memblog sekitar bulan Ogos 2008. Sebelum ini saya memilih majalah dan akhbar tempatan sebagai medium untuk menzahirkan apa yang terfikir baik untuk masyarakat. Saya mulai menulis di awal umur 17 tahun dan pernah menjadi penulis, wartawan dan kartunis sambilan sejak mahasiswa. Walaupun tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang kesusasteraan tetapi berkat rajin berguru dan bereksperimen, alhamdulilah...sering juga saya memenangi sayembara sastera peringkat kebangsaan dan telah memiliki beberapa antologi cerpen dan sajak (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka).
Pendidikan saya tidaklah terlalu tinggi tapi saya memang mencintai ilmu dan telah menghasilkan puluhan tesis peringkat sarjana muda, master dan doktor falsafah (kebanyakannya atas nama pihak kedua). Maka dengan itu, saya tidak boleh menggunakan "title Dr". Tapi itu tidak penting bagi saya. Selain bidang sastera, saya turut meminati penulisan ilmiah dan sering kali juga memenangi peraduan penulisan esei anjuran berbagai kementerian/agensi. Dalam bidang sains, saya pernah menerima anugerah "Sains Angkasa" (1993) dan "Anugerah Inovasi Sains" anjuran Yayasan Sains Toray, Jepun. Semua ini saya perolehi kerana saya - CINTAKAN ILMU.
Pengalaman pun tidaklah begitu banyak. Bagaimanapun saya pernah juga berlatih dan membuat penyelidikan di Koperasi Pembangunan Desa (KPD, KK) tahun 1990, di Unit Pembangunan Sosial Yayasan Sabah, 1991 dan Unit Perkhidmatan Kesihatan Yayasan Sabah, 1992-1993. Saya juga pernah menjadi Pegawai Latih di Kompeni C, RAW 507 , Kota Marudu Sabah (1994-96) sebelum memilih untuk tidak aktif dalam ATM (selepas ditauliahkan dalam PSTD, ATM, 1993). Akhirnya saya memilih profesion perguruan selepas belajar semula (Diploma Pendidikan Malaysia). Saya rasa inilah kerjaya yang lebih sesuai dengan jiwa saya dan membolehkan saya mendampingi bangsa saya. Kini saya menjadi PPPS (Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah) selaku guru (pakar) Fizik dan Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid). Menerima Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri (2006) dan Peringkat Bahagian (2005).
Untuk mengisi sebahagian masa terluang, saya memilih bergerak dalam badan NGO. Terbaru saya dipilih menjadi Pengerusi Gabungan Badan NGO Sabah (yang bernaung di bawah Gabungan NGO Malaysia naungan Yayasan Aminul Ummah Malaysia). Juga menjadi ahli kepada beberapa NGO lain di Sabah. Terbaru saya dan rakan-rakan blogger Kota Marudu mengujudkan "MARUDU BLOGGER'S"